Wednesday 22 June 2011

Part 5

Salam...
Sudah agak sunyi akan kehadiran ku, kini ku kembali dengan tekad membawa 1000 makna perubahan. merubah diri untuk ku terus berjaya di dunia dan diakhirat. Luas sungguh dunia ini, namum masih belum cukup untuk ku menerokainya, masih banyak liku-liku kehidupan yang perlu aku atasinya.

Ya Allah..hamba mu redha akan ketentuanmu.. hanya doa dan linangan airmata yang mampu mengubat kekusutan dihati ini, dan selebihnya aku hanya berserah. Dalam mengamati dunia ini, aku tidak terelak dari kelekaan yang berada disekelilingku.. aku mencari dan terus mencari setiap inci kelekaan itu, kelekaan yg disengajakan, tapi aku belum sedar akan semuanya. Nescaya aku perlukan bimbingan dari seorang hamba yang dapat merungkai kelekaan itu, hamba yang memberi didikan dan nasihat untuk aku kembali ke pangkal jalan yang lurus.

Ku nanti dan terus menanti.....

Asalkan ada daya pasti berhasil....

Friday 15 October 2010

Muhasabah Diri...


Dalam perjalanan ini aku banyak melalui liku2 kehidupan yg paling mencabar diri, bangun jatuh adalah lumrah kehidupan, umpama fakir yg tiada apa2 harta.. susahnya kehidupan ini hanya Allah sahaja yg tahu, hanya Allah sahaja yg mengetahui. Kadangkala aku sendiri mengalah dan menyalahkan akan takdir ini, "mengapa kehidupan aku tidak seperti insan lain?" kenapa orang lain hidup dengan kemudahan yg sedia ada.
Aku menyalahkan takdir, sedangkan aku tahu, itu adalah sebahagian dari dugaan yg Allah berikan keatas aku kepada HAMBANYA. Aku rasakan tiada KEADILAN dalam dunia ini..YA ALLAH..Jahilnya aku, BODOHnya aku, kau yg mencipta aku, kau yg menghidupkan aku dan kau kelak akan meMATIkan aku.. tapi kau masih syg akan hamba mu ini, sekiranya tidak, sudah lama aku diMATI kan dan terima akan pembalasan kau di AKHIRAT kelak. YA ALLAH... aku memohon keampunan kepada mu, tunjukkan aku jalan kebenaran dan mudahkan aku dengan segala urusan aku didunia ini mahupun diAKHIRAT kelak...AMIN...


Manusia ini memang selalu dan terlalu mengikutkan perasaan sehingga dia sanggup bertindak diluar kawalan. Aku bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang MUKMIM, kerana ISLAM itu indah dan adil, nescaya ISLAM lah agama yg benar2 suci.. Buka kan pintu hati ini akan aku sentiasa dilembutkan akan hati dan sentiasa taat dan patuh kepada agamamu YA ALLAH..kerana tiada TUHAN yg disembah melainkan ALLAH dan NABI MUHAMMAD S.A.W itu pesuruh ALLAH.


Thursday 14 October 2010

Solat..Mati..

Dalam mengharungi kehidupan ini, aku masih lg lalai dengan tanggungjawabku.. tanggungjawabku pada yg MAHA ESA. Perkara yg "WAJIB" aku abaikan, kadang2 dilakukan, kadang2 diabaikan.. Ya Allah.. Apa dah jadi pada diri hamba mu ini, lemah dan lalai. Entah bagaimana MATI ku kelak? Dan dalam hidup didunia ini, belum tentu amalan solat ku itu sempurna, aku melakukan mengikut syarat je, janji aku lakukan tanggungjawab itu, tp pada hakikatnya apa yg aku lakukan tu sempurna atau tidak..JAHILnya aku ini.


Tiba masa dalam diri ini untuk ubah segalanya, kita belum tentu tahu sampai bila hidup kita di Dunia ni, antara kita MATI selepas Muda or kita MATI semasa Muda, Mati tidak mengenal akan siapa dia, siapa2 akan MATI, cuma belum sampai masa nya dan tiada siapa pn yg terlepas daripada MATI..



Cuma niatkan dalam hati untuk ubah diri kita, untuk kita mati sebagai hamba yg mulia di sisi nya, sebagai tetamu di rumahnya, sebagai kehidupan kekal bersamanya dan menikmati ganjaran yg kita kumpul didunia ini untuk dituntut diakhirat kelak... Hanya pada mu aku meminta dan kepada mu aku memohon YA ALLAH.

Tuesday 12 October 2010

Jalan ini..

Selama perjalanan hidupku selama 29 tahun, banyak perkara2 yang aku lalui, banyak benda yang aku lakukan..entah berapa banyak DOSA ku didunia ini, mungkin tidak terkira nilainya.. entah berapa banyak PAHALA yang aku kumpul untuk bekalanku di "AKHIRAT" kelak..?? Bagai mana inginku menebusnya?? Aku terlalu naif..terlalu Jahil..terlalu lemah.. berapa banyak ilmu yang aku genggam? berapa banyak lafazan ayat2 suci Al-Quran yg aku lafazkan..? Ya Allah.. aku leka, mengejar DUNIA yg memang tiada gunanya, yang belum tentu untuk aku bahagia di tempatmu, yang belum tentu aku layak ke rumah mu Ya Allah.. sememangnya aku tidak layak untuk mu Ya Allah..


Herm.. Tapi sanggupkah aku ke NERAKA mu...?? TIDAK SANGGUP!!!!! Terasa roma di setiap tubuh ini bergelora..betapa dahsyatnya Ya Allah.. tidak dapat ku bayangkan akan seksaannya. Jeritan, tangisan yang terlalu perit..cukup lah aku membayangkan kesakitan didunia ini, kepanasan didunia ini bagaimana, walau tidak setanding dengan apa yang kau berikan pada mereka yang leka dengan hidupnya didunia.. erm.. baru ku sedar akannya dan kuharapkan ku tidak terlewat untuk menyembahkan diri kepada mu Ya Allah..

Permudahkan segala urusan ku didunia ini...perbanyakkan lah amal jariah ku sebagai bekalan yg tidak putus2 untukku disana kelak..hanya engkau yang mengetahuinya, hanya engkau yang menjanjikannya...

Segala kebesaran hanya pada mu.. Amin Ya robbal alamin..

Awalannya...

Assalamualaikum...?
Aku tak tahu bagaimana untuk memulakan bicara hati ni, sedikit keliru dengan diri sendiri sekarang ni, mungkin aku tak pasti apa yang bakal berlaku dalam diri aku ini, mungkin coretan ini khas untuk aku mengadu nasib tentang diri aku pada diri aku sendiri.. aku meluahkan untuk menjadi iktibar dan pedoman hidup dalam diri aku sendiri. Mungkin sedikit pelik dengan apa yang aku maksudkan, tetapi itu yang aku rasa, sedikit kesal, tapi mungkin itu ketentuannya..dia yg lebih berkuasa pada hambanya, dari dia aku hadir dan darinya aku pergi.

Mungkin benar dan mungkin silap sangkaan aku. aku berserah pada nya atas segala2nya, tapi sekurang2nya biarlah aku capai apa yang aku impikan, untuk aku menebus segala tahun yg telah aku rugikan. Mungkin tidak cukup, tetapi sekurang2nya aku cuba untuknya. Kini ku sedar aku mesti merubahnya..


To be continued...